Saturday, November 28, 2009

Fina vs Tocang

tocang ke sanggul ni


kasi zoom dekat ckit



gambar2 di atas ini hanya untuk tontonan umum....hehehehe
pe macam....da menyengat x tocang si fina ni....ni gambar anak dara fresh2 baru bangun tido pastu mintak mama dia capture gambar.....ni maklang dia k :)......
fina skang ni...rambut dh panjang....slalu mintak mama dia ikat je....mayb panas kot kalau biar camtu je.....
masa tengok tocang fina ni....terkejut btol.......nak gelak pun ada....kembang btol rambut si fina ni......rambut fina kerinting+kembang bila bangun tido.....kerinting tu ikut abg ipar wawa....
tapi....maklang xmasuk contest 'ANAKDARA KU BERTOCANG anjuran Sitisifir10' tu......huhu.....mood contest dah ilang huhuhuhuhu.....






Thursday, November 26, 2009

i love penang :)

sila la menjamu mata melihat pemandangan2 di Penang.....yang sempat wawa capture baru2 ni....free2 datang la penang....jom kita p jalan2 ;) :)













Wednesday, November 25, 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim


salam


wawa terima 25 Pesanan Luqmanul Hakim ini melalui email dari Dr. Munirah.


Diharapkan kita sama-sama mendapat manfaat.


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada Allah.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah . Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah , maka dia tawadduk kepada Allah , dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah .

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah . Takutlah kepada Allah dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah .
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada
memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Wallahua'am..

Tuesday, November 24, 2009

1st Time in My Life


perasan x kelainan pada gambar di atas......posing tu jgn cakap...gaya tu je la yg pandai pun..... cari cepat cari cari....

tadaaaaa tudung maroon tu...

wawa sbnrnya spnjang umur 24 tahun 3 bulan ni....wawa xpernah pakai tudung kaler gelap2 camtu......xau la nape.....kalau korang perasan....wawa pakai tudung kaler soft2 je....rasa cam xda self confident kot sbb tu yg xberani tu...++++lagi ngan kulit sawo matang+itam manis ni......perasan jap....manis ke??????? xmanis pun kn :)


tudung kaler itam pun dulu xbrp berani nak pakai...tp skang dah ok dah.....tudung maroon ni paksa diri jugak2 nak pakai...pagi tu iron siap2 dua tudung....kaler maroon n kuning lembut.....bukan pe takut tukar fikiran last minute lak time nak pakai nanti....


malam tu call kak an...tanya dia ok x dia pakai tudung kaler maroon tu...dia ckp ok...kak diana my roomate pun cakap ok...kak kausar lak cakap pas pakai tudung tu....dia cakap.....cakap

......muka wawa dah jadi macam anak mami.....

hwa hwa hwa waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

anak mami ni selalunya da darah keturunan mami....

wawa ni bukan la anak mami...ayah je org png...mak org kedah

mana2 pun bleh...xkisah pun...saye tetap anak Pakteh Man ngan Makteh Tun

(:komen anda2 di atas diterima:)

+ pink collection

ini kasut pink baru saye.....

murah saje....saya beli di Kompleks Kailan


ini sandle...kasut tinggi...kasut pink baru saye...putih tu kasut kak diana


hmmmmmmm.....cam ayat adik2 skolah je nih....kasut pink tu kasut baru.....baru ja beli....tp xpakai pun....sebab ari tu berkaki ayam....so kasut pink baru ni maybe guna time kursus kt Bukit Merah next week.....cute x kasut merah tu...boleh dibeli di kedai kasut area Kompleks Kailan......murah sangat RM13.90....SILALAH BELI BERAMAI-RAMAI....
dibeli ketika hujung bulan dan poket sangat kering kerana gaji belum masuk......nasib baik terjumpa kasut yang comel dengan harga yang murah ni :) :)




Kenduri umah Kak Sal

huda kak lin wawa library n wawa sekretariat

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

hehe.....tiba2 je rasa nak bergurindam bila tengok gambar ni


ni la tuan umahnye...kak sal...
kak lin posing ngan kak sal


muka2 bleh tahan ceria + peace sepanjang kenduri + tunggu staf lelaki balik smyang jumaat.... muka ngah lapar tu


cheese tart coffee yang sedap sampai bawak balik wat bekal...


kenduri kesyukuran ni diadakan dalam 2 minggu lepas.....dh agak lama sbnrny gambar2 ni..... kak sal adakan kenduri kesyukuran ni untuk anak lelaki tunggal beliau sbgai persediaan nak menduduki spm....wawa yg lambat publish gambar ni....ngah spm dah kan skang ni.....kak sal wat kecil-kecilan ja...jemput staf sekretariat n beberapa staf kejuruteraan n kewangan n library....
walaupun kami makan kalut polok polok ari tu...sebab kenduri pas smyang jumaat di ++++lagi ngan meeting kol 3 tu.....++++ time rehat sampai kol 2.45 ja.....pe2 pun lauk kenduri mmg sedap ++++ cheese tart coffee kak wani yang wawa xsempat makan pastu bungkus 1biji bawak balik makan kt ofis....mmmg sedappppp.....tima kasih kak sal



p/s=pic xbrp clear kan...ni bukan kamera hanset tau.....ni snap guna kamera digital 8mp siap cybershot lg......maybe setting xcantik kot......





Monday, November 23, 2009

3dara PINKitan

diana kausar wawa

pagi tu program start kol 8.30...kami siap kol 7.30...plan nak brfst awal....

tup tup lambat jugak turunnya...sebab suma pakat nyibuk dok posing


pink pink di pagi sabtu


xpuas ati...suh k.kausar capture lagi....nasib la dh suka bergambar kn ;)
cantik x bilik kami

nak tunjuk view kat blakang tu sbnrnya

aiii...gaya di pagi hari raya ...kih kih kih
pose dh comei tp cadar kat blakang tu spoil btoi kn

aiii mcm nak p beraya ja.....
kak diana x brp suka bergambar....jenuh pujuk ni nak capture gambar ngan dia

Lompat2 10 juta

Kak Diana jogging...wawa bz jadi pelukis pasir terhebat di abad ini
tulisan sy buruk la cikgu

kak shafa wawa dr azlina n kak kausar

posing jgn xposing

miss red red

kak diana wat pa tu


petang sabtu tu baru ada chance main air kat batu feringghi....ada sukaneka ala-ala cari harta karun tu...tapi ni kan kursus perolehan...so....depa divide group.....pastu dibekalkan dgn 10 duit 1sen konon ala2 10 juta....kena jawab soalan tentang perolehan di 6 check point...check point dlm air ada mcm2 la...syarat: duit mesti ada 6 juta ke atas utk membolehkan kita beli alatan masa last game nanti....group wawa dapat 7 juta last tu...so bleh la beli alat.....tapi suma group terer2.....dapat la no 7 dari 9 group....pas bis game.....wawa teman kak diana p jogging....lama x jogging wei...penat lorrrr......malam tu pas barbecue...kami p night market lak




flamingo......kami dtg:)

Flamingo by the Beach Hotel ni letaknya di seberang sana...so kena rentas bridge la....kami kuar ari tu dh lewat petang....nasib baik bridge tak jam...kalau tidak jenuh la....kak kausar drive....kalau ikut tu dapat pelepasan kol 4 petang...tp disebabkan ada meeting petang tu....kena la tunggu bis meeting dulu dalam kol 5.30......program kursus start malam kol 8.30.....++++ lagi kami dua ni xtau jalan nak ke flamingo.....so redah je la


pas turun bridge tu jam wei.........jam dah kol 7lebih.....dan ka program mlm ni.....kami 2 dah la pakai jeans ngan tshirt ni huhu.....ngan xtau jalan lg hehe....kami just follow sign board ke batu feringghi ja la



finally.......sampai jugak......kat atas tu pic muka letih....mcm la aku yg drive kn...hehe join ja program malam tu ngan pakai jeans ni...kami wat dek ja huhu hehe


Friday, November 20, 2009

Kena p Kursus




Salam...
skang ni udah mula nak menyibukkan diri...mlm ni dh start 1 kursus...next week kursus lagi kat Laketown Water Park...
Bengkel ni memang penting sebab memang agak kurang ilmunya dalam bidang kewangan ni...slalu lect mai tanya....nganga ja hehe....ni p bengkel perolehan kena fokus btol2 la...
Sampai office pagi ni terlupa nak bawak sport shoes.....ingtkan riadah tu main2 air laut ja......huhu mai mai ofis....depa gtau ada aktiviti......
satg kena kuar g beli la jawabnye :)
sambung berblog lagi isnin ni

Thursday, November 19, 2009

adril kuat makan





adril ni badannya kecik ja sebab dia xsuka makan nasi.....nak suap nasi tu punya la susah.....3sudu pun dia dah lari lari.....so pa lagi...tok wan dia risau la....ayah pun bagi petua kat kakak...petua untuk ++++++selera makan adril......kakak try wat la...Alhamdulillah....adril makan banyak btol......makan berselera sgt...kakak cerita....kakak wat nasi goreng utk dia ngan husband dia.....sampai time makan....kakak cakap...keja suap adril ja....sat sat kakak suap sat sat husband dia suap...adril x larat duduk sampai dia meniarap la tunggu makan....lambat suap je dia cakap nak nak nak....pastu org yang mengasuh adril cakap hari tu saja adril makan 2mangkuk....selalu 3 sudu pun susah...alhamdulillah.....
so nak tau apa petua yang ayah bagi tu....petuanya:
ambil satu ikat serai (macam segenggam la)...pastu ramas dalam air......pas dah ramas, tapis air tu...campur dengan air untuk mandi adril....so air yang telah dicampur tu....bagi la mandi adril....buat 3 pagi berturut2.....kakak wat sebelum g keja....xtau la pulak enzim apa yg ada kat serai tu....xdan nak wat test lg hehe...InsyaAllah anak-anak anda akan berselera makan...skang ni.....ngah wait n see tumbesaran badan adril






SPM's Fever

jadual tu kena paksa baru wat


cikgu garang ngajar


pen+pensil+dll utk exam




First Day SPM: BM Paper 1 & 2, Sejarah Paper 1





Start 17hb ni wawa dah start ulang alik dari umah ayah ke tempat keja.....sebulan baru pindah umah sewa balik...cian my housemate tdo sorang2...nak wat cam mane....tgjwb kpd keluarga lebih dari segalanya......hehe ayat skema je kan... sebab2nye adik laki wawa yang sorang ni exam spm.....tau la ja kan...kalau tak suruh study jgn harap la dia nak buka buku....

so pk masa depan dia.....kena la jugak bertegas ngan dia......walaupun last minute.....kita ajar la jugak.....3 bulan sblum exam ni ada jugak suh dia p blaja kat umah kakak first....ada la p sehari dua kot pastu hmmmmm hilang......dia laki tunggal....tp dngr ckp jugak la dh last2 minute nak exam ni....

semalam baru 1time dengar dia kuar study group ngan mbr dia...tu pun exam dh start.......hehe dia dh insaf kot hehe....wawa xda abg so xdak experience to handle adik laki...adik yg sorang lg ppuan.....so no hal apa2 pun...dia pandai manage sendiri study dia....so contra la adik laki n ppuan wawa ni....pa2 pun try ajar dia yg terbaik..skang ni dia ngah bergelut jwb exam bi n sjrh paper 2...so hope dia dapat wat exam dengan baik dan di doakan moga Allah memudahkan dan melancarkan segala apa yang dikerjakan oleh dia.....



Monday, November 16, 2009

Kek Free Lagi

Bulan ni keja entry makanan je kan.....hemmm nak wat cam mane.....keja dapat makan free je....kali ni kek kek yg sedap di atas di sponsor oleh ah long......diberi sedap sedap terus dari DANISH PASTRY......
amacam...nampak cam sedap tak....
nak menambahkan bagi kecur liur korang......kita kasi zoom dekat2 sikit....
pas balik keja....singgah kedai kek ye:)





Ni Namanya Kek Strawberry
Sedap oooooo







Ni Namanya Kek Laici
Sedap n manis dua kali










Ni Namanya Blueberry Cheese Cake
Sedap sgt sgt sgt










coklat free






Sedapnye coklat ni.......
TERIMA KASIH DAUN KELADI
(:LAIN KALI BERILAH LAGI:)
Coklat ni diberi oleh Dr. Norehan kepada staf SKP...thanks