Wednesday, July 31, 2013

Deko Balang Kuih Raya

31 JULAI 2013 (RABU)
22 RAMADHAN 1434H

Waaaa dah 22 Ramadhan kan...Terbayang-bayang di pagi raya ambil nasik sepinggan makan dengan gulai/kari daging...Hebat kan orang utara breakfast pun dah mengadap nasik ^___^

Sebenarnya nak cerita pasal balang isi kuih raya...Kat rumah dah ada...Tapi rasa macam nak beli yang baru 1 set lagi...Ni simpton-simpton nak menghabiskan duit lah ni

Pastu terus teringat balang kuih raya yang saya deko untuk hantaran bertunang baru ni +____+


 Ni rupa balang sebenar
 Source: Google



Tuesday, July 30, 2013

Resepi Cheesekut Mudah

sedap! sejuk, creamy dan mencair di mulut :)



CHEESEKUT BISKUT MARIE

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut marie
250g cream cheese (Philadelphia)
1/3 tin susu pekat manis
sedikit fresh milk
Nutella

Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Apabila dah nampak kembang, masukkan 1/3 tin susu pekat manis.
3. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan sedikit fresh milk dan pukul sehingga sebati. 
(Sukatan bagi fresh milk tu agak-agak tau. Jangan bagi cream cheese tu cair sangat. Nanti tak sedap :)
6. Cream cheese dah siap. Jadinya dah boleh  proceed dengan melapis biskut dan cream cheese. Yang ini refer gambar ye.
7. Sebelum tu sila panaskan fresh milk yang lebih tadi. Sukatan adalah anggaran dan digunakan untuk mencelup biskut marie nanti. Refer gambar di bawah.
8. Dah siap melapis biskut dan cream cheese. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam.
9. Sedia di makan.



Masukkan cream cheese

Pukul cream cheese menggunakan mixer sehingga kembang
 
Masukkan 1/3 tin susu pekat manis

Pukul sehingga sebati

Masukkan sedikit fresh milk

Pukul sehingga sebati

Dah siap adunan cream cheese ^_^

Fresh milk yang telah dipanaskan

Celup roti ke dalam fresh milk
Celup sekejap je jangan lama-lama

Lepas celup, susun kat dalam bekas macam ni
Saya guna tupperware je...Dan sebelum tu lapiskan dengan plastik untuk memudahkan nak keluarkan bila dah sedia dimakan nanti

Lapiskan kat atas biskut marie tadi dengan cream cheese

Kalau suka coklat, letakkan nutella di atas cream cheese...
Kalau nak letak oreo hancur pun boleh. Terpulang pada feveret masing-masing

Seterusnya lapiskan dengan biskut marie lagi

Dan lapiskan lagi dengan cream cheese...
Ulang cara yang sama sehingga cream cheese habis
Macam saya, guna biskut marie tu dalam 1/2 bungkus je

Dah siap. Ni pandangan tepi.

Masukkan dalam peti ais lebih kurang 6 jam
(Saya masukkan dalam peti ais dalam jam 6.00 petang dan keluarkan esoknya pada jam 7.00 petang sebab puasa kan) 

Ini lah rupanya sebaik keluar dari peti ais

Setelah dipotong

Tengok...memang sedap! creamy!



Selamat mencuba ^____^



Monday, July 29, 2013

Cheesekut Biskut Marie


28 JULAI 2013 (AHAD)
19 RAMADHAN 1434H

Percubaan pertama membuat cheesekut alhamdulillah berjaya :D
Buat dengan my sis pada petang hari sabtu...So makan time berbuka hari ahad...
Teringin sangat tengok blogger lain share kat blog...So apa lagi try buat lah
Selalu blogger lain buat guna biskut cream cracker kan...saya guna biskut marie...dilapisi dengan cream cheese dan nutella....sedappp bangat...
 resepi saya share next entry ye...  ^_____^




Berbuka Di Restoran Faiz

order french fries ngan nugget je...sos tu best! pedas!

25 JULAI 2013 (KHAMIS)
16 RAMADHAN 1434H

Hajat di hati nak berbuka dengan western food....
tapi bila dah sampai kedai....
order nasik sokmo
tomyam lagiiiiii





Sunday, July 28, 2013

Servis Sewa Untuk Dress Bertunang Dihentikan Sehingga Disember 2013


29 JULAI 2013 (ISNIN)

Assalamualaikum...
Ampun semua :( Servis sewa baju bertunang ni memang saya terpaksa hentikan untuk tahun ni... Ada yang saya sempat reply di FB, email, SMS, WhatsApp, Line, Viber dll...Dan ada jugak saya tak sempat reply, harap maaf.


Diharap semua maklum dengan hal ini.






Friday, July 26, 2013

Kangkung dan Risikonya

Saya peminat kangkung, tapi saya makan daunnye saja...batang saya tak suka

26 JULAI 2013 (Jumaat)
17 Ramadhan 1434H (Hari Nuzul Al-Quran)


Antara kailan dan kangkung...Saya lebih suka kangkung...Tapi kangkung ni banyak risikonya kan...Dah macam-macam kes saya dengar sakit yang berpunca daripada makan kangkung...Semuanya ngeri...Kadang-kadang rasa macam tak mau makan kangkung dah....Tapi kan, kalau perasan kes-kes yang berlaku ni semua berdasarkan sayur kangkung yang dibeli dari kedai makan...Maksudnya di sini, teknik pembersihan sayur tu lah punca utamanya....Kes terkini, pasal lintah kan...Rasanya ramai dah dengar...

Sebelum ni pun saya dah dengar satu cerita...Agak ngeri jugak ceritanya...Time tu saya attend kursus induksi...Lebih kurang dalam 3 tahun lepas...Time kursus induksi tu semua peserta kena share pengalaman masing-masing...Sampai lah ada peserta ni cerita pasal makanan kegemaran dia...Saya panggil dia Kak Mas...Kak Mas ni cakap makanan feveret dia sayur kangkung...Satu hari dia pergi beli makanan kat kedai macam biasa...Dia ambil sayur kangkung. Time dia ambil tu, dia perasan sayur kangkung tu berketul dan agak besar jugak...Tapi endahkan je lah..Sebab kan normal lah sayur kangkung yang berketul-ketul tu...Dia tapau dan balik makan di ofis..Tengah sedap-sedap makan tu, dia kuis sikit-sikit kangkung tu...Tiba-tiba dia nampak kaki lipan...Terus dia rasa nak muntah...Sebab bila dibukak-bukak ketulan kangkung tu ada seekor lipan yang boleh tahan besarnya....Effect nya, mulut dia membengkak hampir seminggu...Maybe terkena bisa lipan tu kot...Masa Kak Mas cerita tu, rasa geli tekak sangat...


Latest, isu lintah ni kan...Ni saya copy dari FB...

Suatu hari, di klinik yg terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dbawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari mnderita sakit perut..Sudah bermacam ubat sakit perut yg dberikan kepada anak itu, namun demam tak smebuh.

Lepastu, ibu bapa anak tersebut di tanya oleh Doktor "makanan apa yg budak tu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit birit, malam tersebut anak itu makan Kangkung Tumis di restoran brsama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dlm usus anak tu telah berkembang biak lintah dgn anaknya yg kecil2.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelmnya berada didalam batang kangkung yg besar. Memang, utk penggemar kangkung tumis yg paling enak ialah batangnya.

Lintah yg brada di dalam batang kangkung itu tidk akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yg sedap. Lintah hanya akan mati jika di bakar.

Didlm usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa1 - 2 hari untuk brkembang biak. Jika ada kluarga/rakan2 yg mengalami hal tsb, lakukan tindakan drngan memberi minum air rendaman tembakau(bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan kluar dan dlm keadaan mati. Sebarkan kepada rakan, sahabat, keluarga, atau siapapun yg anda kenal ..





Thursday, July 25, 2013

Berbuka Dengan Oldtown


25 JULAI 2013 (KHAMIS)
16 RAMADHAN 1434H

Wah! Dah 16 Ramadhan kan...Cepatnya rasa Ramadhan kali ni...Bila dah cepat tu maksudnya dah nak dekat Hari Raya la kan...Duit raya dah siap tukar ke? Bankrup kan time-time raya ni...Kali ni saya nak kongsikan menu berbuka untuk semalam...Tiba-tiba tekak terasa-rasa nak makan dumpling soup....Jadinya menggagahkan diri ke Oldtown pas balik keja....1st time tapau kat Oldtown...Selalu makan terus je kat sana...



Tadaaa...Banyak tak membeli? Nafsu orang berpuasa ni memang lain macam kan...Tu dah kategori sabar dah tu...Kalau ikut hati nak  beli banyak lagi haha


 Seafood dumpling soup
 Ni lah menu utama yang teringin sangat tu...Suka tang kuah dia tu...Memang marvellous...



Roti kaya dan butter
Suka kelembutan roti oldtown ni...Roti yang mamak jual tu lembut jugak...Tapi tak sama macam roti kat Oldtown



Nasi Lemak Ayam
Kenyang sangat makan nasik lemak oldtown ni...Nasik banyak....Ada macam-macam aksesori...Ayam goreng, Sambal ikan bilis, telur mata, jeruk buah, papedom, timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah...Alhamdulillah kenyang ;)




Misi Nekad Beli Fabrik Baju Pengantin


Source: Google


25 JULAI 2013 (KHAMIS)
16 RAMADHAN 1434H

Sabtu Ahad ni kena settlekan urusan pembelian fabrik....Sebab dah 2 kali dah rambang mata tahap tak tau nak cakap tahap apa dah...Susah nak buat pilihan...Sebab semua cantik...Pegang yang ini cantik...Pegang yang itu pun cantik...Pening den....Kalau pergi shopping dengan orang lelaki, mesti kena marah dah kan...Ni sebab pergi dengan kaum sejenis...Jadinya, layan je la ^_____^



Ni menu berbuka Ramadhan ke 10
Makan kat kedai je sebab tak sempat nak sampai rumah....Hari jumaat jalan jem...

Semestinya order menu tomyam ayam, ayam goreng kunyit, kangkung belacan dan telur dadar..Hari-hari tomyam daaaa


Manisan ada banyak jenis kuih...Tapi yang paling best kat situ...Kuih abuk-abuk....Sedap ^_^






Wednesday, July 24, 2013

Gulai Nangka ::: Ayam Tandoori ::: Kuih Lopes


 22 JULAI 2013 (AHAD)
13 RAMADHAN 1434H


Menu berbuka dengan family....Kalu bukak sorang-sorang tak kuasa lah nak beli banyak-banyak lauk macam gini ^_^
Semua beli ye sebab ayah den letih nak masak...Sebab sorang nak gulai nangka...sorang lagi nak sambal petai udang...Jadinya, semua beli je lah kat bazar :)
Menu untuk hari isnin...Berbuka dengan ayah dan adik lelaki...
Gulai Nangka
Pajeri Nenas
Sambal Petai Udang
Ikan Bilis Goreng Kacang
Ayam Tandoori Kapitan ^_^
Sayur Lemak

Ayam tandoori tu sebenarnya menu berbuka untuk hari sabtu...Makan dengan biryani...Beli dekat Kapitan Biryani Claypot Rice...Tapi disebabkan bulan puasa, makan sikit pun kenyang kan...Ayam tu still macam tak luak...Jadinya perangat dan makan untuk next day pulak... ^_^

untuk pencuci mulut pulak, beli kuih lopes ni...sedap tau kalau sekali sekala makan :)
Source: Google


Tuesday, July 23, 2013

Daftar Kursus Kahwin


 22 JULAI 2013 (ISNIN)
13 RAMADHAN 1434H

1st time menjejak kaki di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam...Sebelum ni memang kerap lalu jalan tu...Sebab kedudukan Pejabat Agama SPT ni memang betol-betol bersebelahan dengan Kompleks Bukit Mertajam...Contohnya, kalau nak ke Summit or makan Pizza di Kompleks BM tu memang akan lalu lah kat depan Pejabat Agama ni...Tapi tak pernah ambil kisah pun...Sebab tak ada urusan apa-apa kan ^_^

Bagi Negeri Pulau Pinang, semua kursus kahwin adalah di bawah penyeliaan Pejabat Agama daerah masing-masing...Kiranya kat Penang memang tak ada kursus kahwin yang under swasta lah...Tapi contoh kalau nak ambil yang swasta jugak, korang kena ambil di negeri lain...Pastu tunjuk sijil kursus kahwin tu kat pejabat agama di Pulau Pinang...Kalau tak silap, baru dikuatkuasakan peraturan ni...Sebab kakak-kakak dulu ambil under swasta

Cara untuk daftar kursus kahwin;
1. Ambil borang di kaunter Pejabat Agama Daerah masing-masing
2. Isi borang tersebut dan sertakan bersama-sama salinan IC
3. Yuran kursus RM80
4. Kerani kaunter akan bagi tau tarikh terdekat dan lokasi kursus
(Kursus akan dibuat di masjid mengikut lokasi daerah)
5. Selepas selesai memilih tarikh dan lokasi, kerani kaunter akan bagi resit
6. Bawa resit tersebut ketika menghadiri kursus sebagai bukti pendaftaran



Pastu, kerani tu tanya tarikh kenduri bila...Kerani akan bekalkan dokumen macam kat atas ni...
1. Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (HIV Test)
2. Borang Permohonan Untuk Berkahwin Bagi Perempuan

 

 Dah selesai urusan di Pejabat Agama, terus ke Kompleks BM...Ayah saya suggest suruh tanya kedai ni...Masuk-masuk kedai, terkejut den!...Banyak betol tempahan baju melayu untuk raya....Tempahan yang dah siap tu owner kedai packing siap-siap...Penuh lantai kedai dengan plastik baju customer...Means ramai orang order lah kan....Tanya lah harga untuk tempah baju melayu pengantin, owner kedai cakap RM190 sepasang...Tak tau nak kata mahal or murah...Sebab tak tau rate harga baju melayu



Pastu dah siap survey semua...Terus ke KWSP Seberang Jaya...hihi yang ni yang best ni...Kalau kakitangan kerajaan yang baru disahkan dalam jawatan...Mesti ini yang ditunggu-tunggu kan....Tak tau lagi nak buat apa...Maybe nak simpan kot ^_^ Boleh caye ke?....Jom pi Korea hihihi





Friday, July 19, 2013

Designer Hebat - Baju Raya by Melinda Looi

19 JULAI 2013 (JUMAAT)
10 RAMADHAN 1434H

Selamat berpuasa semua...Macam sekejap je kan hari ni dah 10 Ramadhan....Baju raya macam mana? Dah beli ke? Saya baju untuk 1st day raya dah settle..Sebabnya beli kain sekayu untuk 1 family....Tapi untuk baju yang perempuan je la...Untuk yang lelaki pandai-pandai lah  beli sendiri kan...Sekarang ni tengah mencari baju untuk raya ke 2, ke 3 dan ke 4...mak aiiii raya sakan ni kan...hihi tak de lah...nak beli sepasang dua je kot lagi....

Pastu saja-saja lah terbukak poplook...Pastu terview baju raya by Melinda Looi...Terus bersorak kegirangan sebab terberkenan dengan baju merah makngah kat bawah ni....Pastu kan....tengok-tengok tang harga pulak...Telan air liur jap...Oh! kalau saya, harga ni boleh dapat 2 pasang baju...Tapi, dah mengenangkan pemilik blog ni ada penyakit cinta pandang pertama....Jadinya dah termasuk-masuk dalam mimpi dah....Sekarang ni tengah mempertimbangkan nak beli atau pun tak?

ouhhhh....abes duit den...menyesal terbukak poplook....sebab sepanjang bulan Ramadhan ni saya jugak mencabar diri untuk berpuasa online shopping huh huh huh  ^_^