Friday, October 11, 2013

Shopping dan Berkursus di Pulau Langkawi


10 OKTOBER 2013 (KHAMIS)
9:36 MALAM

Assalamualaikum...Beri salam sambil hembus nafas legaaaa.....Rindunya nak blogwalking...Tapi kalau ikutkan keadaan sekarang ni memang tak sempat sob sob sob :(... Banyak benda nak story sebenarnya...Tapi tengok la nak post entry pun tak sempat, ini kan nak blogwalking....Ampun ya kawan-kawan tak sempat nak komen kat blog korang macam selalu :(

1st sekali, tuan tanah nak enterframe besar-besar dulu kat blog wawa syaida ni (sila lihat pic atas ^__^)... Kali ni nak cerita pasal program bermula dari 17-19 Oktober 2013...Bertempat di Hotel Seaview Langkawi... Program ni lebih kepada shopping...ops! silap-silap....Lebih kepada berkursus tentang Blue Ocean Strategi (BOS)...Konsep BOS ni rasanya banyak dipraktikkan di jabatan-jabatan kerajaan dan firma swasta...Sebab memang bagus sangat kaedah dan hasilnya untuk dipraktikkan...



Konsep BOS ni jugak banyak mengambil contoh teknik atau strategi perniagaan firma-firma swasta untuk diterapkan di dalam cara penyampaian dan pengurusan jabatan-jabatan kerajaan dalam usaha mencapai taraf negara antarabangsa...

tak nak cakap dah pasal kursus BOS ni...rasa penuh kepala ;)
kita cakap pasal lain pulak



dah nama pun perempuan kan...memang tak sah kalau jumpa cermin...
ni tempat penginapan sepanjang berkursus...Hotel Seaview Langkawi
Sesuai bagi yang gemar shopping, 10 minit dari hotel ke Kompleks Ismail Group (Kompleks baru)
Pandangan saya sebagai seorang pelanggan, servis not bad...Bersih dan selesa
RM165 per room ye untuk week days



Kalau nak bawak family pun sesuai 
Air laju...TV pun siaran clear je



Permandangan dari balkoni bilik....Cantik kan view ni
Dari bilik saya ni, boleh nampak Tasik Dayang Bunting...Tapi bukan nampak tasik tau...Nampak bukit tu...Tasik tu kat tengah-tengah pulau...Kalau nak ke tasik tu, kena pergi dengan bot



Pastu, ni program utamanya...tak lain dan tak bukan mesti la shopping
Syurga coklat dan syurga barang-barang dapur...Bebas cukai
Mangkuk pinggan alahai memang tersangat lah murah...Memang rambang mata lah




Tadaaa inilah hasilnya
^____^
Ubat untuk orang diet ni ;)



Menu sepanjang program....
Dari Penang ke Jeti Kuala Perlis
Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah



Sebelum mengundur diri, tuan tanah enterframe sekali lagi
Terima kasih yang sudi membaca cerita-cerita saya di blog kecil saya ni....InsyaAllah akan jengah entry korang semula...

Selamat hari Jumaat dan Selamat Hari Raya Aidil Adha