Thursday, December 15, 2016

Rindu


Di kala ini, mengharapkan arwah emak berada di sisi. 
Yang setia mendengar keluh kesah anaknya dalam menyelusuri ranjau hidup.
Rindu emak. Alfatihah. Suatu hari nanti, kita pasti akan berjumpa di sana.







Dengan manusia kau diamkan.
Dengan Allah kau luahkan.

Wednesday, December 7, 2016

ATKIN DIET - DAY 3

Mr. Google


7 DISEMBER 2016 (RABU)
11.30 PAGI

Masih beratkin diet. Pagi ni makan telur jugak. Tapi ada dugaan hebat pagi ni. Sebab kawan ofis bagi kek pisang kukus yang gebu gebas macam dalam pic kat atas tu.

Rasa macam nak makan, tapi fikir punya fikir, saya ambil bau je.
Wangi dan sedap!

Tak pe, nanti kita makan bila dah sampai 1st target.

Semalam, saya makan sate. Real atkin tak boleh makan ye.







Tuesday, December 6, 2016

ATKIN DIET - DAY 2


6 DISEMBER 2016 (SELASA)
7.50 PAGI


;;; Semoga terus istiqamah ;;;;

Tengahari semalam saya makan ayam 'nasi ayam. Makan ayam sahaja.

Lepas tu saya sulam jugak makan nugget. (Tak boleh makan ye dalam atkin)

Tapi time saya atkin sebelum ni pun memang saya proceed je nugget, hotdog dan daging burger. Tapi kena tau kira karbo ye. Macam daging burger, boleh ayam dan brand Ramly je yang sesuai dan mudah nak dicari.

Semoga cepat selim melim +_______+




Monday, December 5, 2016

ATKIN DIET - DAY 1


5 DISEMBER 2016 (ISNIN)
7.45 PAGI
OFFICE

Hari ni rasa sangat motivated untuk perbaiki diri apa yang patut. Ditambah pula dengan pengorbanan encik suami yang sanggup keluar di malam hari untuk tapau tomyam isterinya nak makan (ngada-ngada). Sebabnya lately mengidam macam-macam sebelum nak re-induction diet atkin haha. Bukan mengandung okeh!

Inilah masanya untuk buktikan kita boleh mengecil kembali ke bentuk asal +_____+
Ditambah lagi baju bersusun je nak dipakai 'nanti'.
Jadinya, kena kuat semangat untuk 2 weeks ini.

Saya nak cuba untuk clean diet sepanjang 14 hari ini. Masih teringat betapa muaknya dengan telur masa saya diet atkin dulu. Tengok telur pun nak muntah, Tapi sekarang ni kita start semula ye. Chaiyok-chaiyok!!!









Thursday, December 1, 2016

Dilema Pengasuh



1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)
7.45 PAGI

Hari ni Aisyah mencecah umur 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan bolat. Tapi last check up baru ni, nurse cakap berat naik sikit sangat 100gram je. Total berat Aisyah 10.1kg, so sy ok je. Sebab walaupun berat tak naik, Aisyah still nampak bolat.

Aisyah di umur 1 tahun 5 bulam, banyak benda baru yang dia dah buat dan saya boleh nampak. Ada happy, kelakar dan ada yang sedih. Terbaru, dia dah pandai pilih baju yang dia nak pakai. So 'diva' okeh mek ecah ni. Lepas tu, saya tengah lipat kain, dia pilih  baju dia dan dia cari seluar untuk match dengan baju yang dia suka. Dan, yang tak tahannya, seluar tu memang set dengan baju tu. Well done anak ibu. Lagi, dah boleh mengira 1 2 3 4 sampai 5. Lagi, dah boleh sebut beberapa perkataan dan boleh meniru word apa yang pembaca berita cakap, Aisyah ni bercakap dulu baru boleh berjalan. Dia boleh berjalan di usia 1 tahun 4 bulan.

Berbalik kepada tajuk. Saya rasa dilema ni dirasai oleh semua ibu-ibu yang bekerja. Aisyah dah besar, dah banyak tanda-tanda yang dia bagi kat saya untuk menggambarkan apa yang dia rasa...apa yang dia hadapi. Dah lama berbincang dengan husband. Tapi saya dan suami mengambil pendekatan positif, aisyah dah besar dan dah kenal mak ayah so dia dah tak nak kat orang lain. Tapi dari hari ke hari, semakin kesian tengok aisyah bila nak hantar ke rumah pengasuh.

Perkara yang paling menyedihkan, berlaku pagi tadi. Cukuplah saya dan suami yang tahu. Rasanya sudah sampai masanya kami bertukar kepada pengasuh yang lain. Pengasuh yang ini menjaga aisyah sedari umur 3 bulan sehingga sekarang. Pengasuh yang ini baik di hadapan saya. Cuma bilangan anak asuhan yang dijaga tu agak ramai 'belasan orang' dan kadang2 rasa macam puluhan  orang. Walaupun ada 2 orang pembantu, mungkin tak terkawal saya rasa. Anak saya, saya lihat semakin hari, semakin tak nak ke rumah pengasuh.

Saya sanggup bersusah payah menghantar Aisyah dengan pengasuh yang sama walaupun kami telah berpindah rumah. Tapi bila Aisyah semakin tidak selesa, saya dan suami perlu membuat sesuatu sebelum emosinya benar-benar terseksa. Saya telah deal dengan seorang pengasuh yang lain berhampiran rumah. Saya harap pengasuh ini dapat menjaga anak saya dengan baik seperti menjaga anaknya sendiri.

Ya Allah. Bila sampai rasa ini. Terus rasa nak jaga anak sendiri. 24 hours.

Tapi apakan daya. Bersabarlah.